Thursday, October 16, 2008

Les Residential Tower by Bernard Tschumi

Bangunan biru & hitam (Les Residential Tower) dari Bernard Tschumi:


  • Lokasi bangunan ini terletak di Manhattan , New York, USA.
  • Merupakan sebuah pangsapuri mewah.
  • Menggunakan konsep De Constructivism.
  • Mempunyai 16 tingkat pangsapuri.
  • Ketinggian 182 kaki.
  • Anggaran kos bangunan 18 million dollar.
  • Keluasan kaki persegi secara kasar :

Pangsapuri : 50, 000 kaki persegi, 32 unit pangsapuri.

Tingkat satu : 3000 kaki persegi.

Tingkat tiga : 7000 kaki persegi.


Bahan Binaan :

  • Terdiri daripada kaca, keluli dan konkrit. Keseluruhannya di kelilingi oleh cermin berwarna biru dan hitam.
  • Menggunakan tingkap penuh dari lantai ke siling pada bahagian ruang tamu dan ruang makan.
  • Turut menggunakan bahan tahan karat dan juga lantai kayu buluh sebagai kemasan bagi pangsapuri mewah.
  • Penthouse berada pada bahagian teratas bangunan ini.
  • Fasad permukaan pada bangunan yang mempunyai sudut membolehkan penghuni – penghuni pangsapuri pada tingkat yang tinggi dapat melihat pemandangan yang cantik bandar Manhattan dari sungai ke sungai.

Link:

http://www.bluecondonyc.com/

Le Fresnoy Art Center by Bernard Tschumi


Bangunan Le Fresnoy Art Center:


  • Lokasi bangunan ini terletak di Tourcoing, Perancis.
  • Tempat pertama di dalam pertandingan pada tahun 1991.
  • Merupakan sebuah studio nasional bagi seni karya contemporary.
  • Menggunakan konsep De Constructivism.
  • Keluasan studio = sepuluh ribu meter persegi.

Bangunan Le Fresnoy Arts Centre, Tourcoing, Perancis.


Struktur tangga di dalam Le Fresnoy Arts Centre yang terdiri daripada keluli.


Pengunjung dari serata dunia melawati Le Fresnoy Arts Centre yang terkenal.


Studio yang berbumbung segitiga di mana pada bahagian atas nya juga merupakan bumbung yang menggunakan struktur ‘space frame’.


Link: http://www.archined.nl/oem/reportages/fresnoy/fresnoy1.html

Wednesday, October 15, 2008

Arkitek pilihan A.k.A


Arkitek pilihan saya ialah:

Bernard Tschumi di lahirkan pada 25 Januari 1944 di Lausanne, Switzerland. Beliau merupakan seorang arkitek deconstructivist dan beliau juga merupakan seorang penulis dan juga pendidik. Mempunyai kelahiran campuran Perancis dan Swiss, dia bekerja dan tinggal di New York dan juga Paris. Dia menuntut di Paris dan di ETH di Zurich (Eidgenössische Technische Hochschule Zürich) iaitu sebuah institusi sains dan teknologi di Switzerland, di mana dia menerima ijazah dalam seni binanya pada tahun 1969. Tschumi telah mengajar di Politeknik Portsmouth di daerah Portsmouth, United Kingdom, Persatuan Arkitek di London, Institusi bagi arkitek dan Urban Studies di New York, Universiti Princeton. Beliau merupakan seorang dekan di Institusi Cooper Union di New York dan Columbia Universiti bagi jabatan ‘Planning and Preservation’ dari 1988 sehingga 2003.

Links:
http://en.wikipedia.org/wiki/Bernard_Tschumi
http://www.tschumi.com/

Tuesday, October 7, 2008

The Vision - Urban design example

Sebelum merekabentuk, pelbagai analisa perlu dibuat keatas tapak bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan tapak. Ciri-ciri tapak yang dikenalpasti sebagai kekuatan, kelebihan tapak yang boleh dimanipulasikan untuk menghasilkan satu rekabentuk yang baik.

Glass curtain window

Penggunaan bahan seperti tingkap kaca penuh memang menarik, tetapi perlu menitikberat mengenai kesan sampingan seperti bahang dari sinar cahaya, kesan hujan dan sebagainya. Pemasangan sun shading dapat membantu untuk mengelakkan cahaya terus terpancar kedalam bangunan dan juga pemasangan overhang roof dapat membantu mengelakkan tempias air hujan.

Covered walkway


Pembinaan bumbung pada laluan pejalan kaki diantara bangunan dapat mengukuhkan lagi keseinambungan rekabentuk. Laluan pejalan kaki (pedistrian) merupakan salah satu daripada aspek didalam urban design.

Urban design


urban design

An overall, large scale architectural design process which focuses on creating a desirable & interactive environment in which to live, work and play.Design analysis includes the relationship between buildings, streets, land use, open space, circulation, height, natural features and human activity.A well designed urban or suburban environment demonstrates the four generally accepted principles of urban design :
-clearly identifiable function for the area
-easily understood order
-distinctive identity
-visual appeal

De Stijl di Kuala Terengganu??

Hehehe... saje2 je nk tunjuk gamba bangunan ini. Tiada kaitan dengan de stijl pun, jika ada mungkin dari penggunaan elemen segiempat dan juga penggunaan garisan melintang dan menegak. Selain itu, penggunaan campuran bentuk segiempat dan silinder turut digunakan pada bangunan ini. Kedudukan bangunan ini berada pada coner lot dan konsep yang di apply pada bangunan ini sesuai dan menarik sekaligus menjadi sebagai center of attraction kepada sesiapa yang melalui di kawasan berhampiran bangunan ini. (Coner lot is special, think special, design pun kene special la jugak...) p /s = material pada fasad bangunan ini menggunakan alucobond.

http://en.wikipedia.org/wiki/Alucobond

http://alucobond.com.au/html/s02_article/article_view.asp?id=234&nav_cat_id=158&nav_top_id=66

3 Storey semi detached ini - kaitan dengan De Stijl??

Penggunaan elemen segiempat dapat di lihat pada fasad rumah ini begitu juga dengan penggunaan garisan menegak dan melintang. Cuma penggunaan elemen warna kurang jika ingin dikaitkan dengan konsep de stijl. (takkan la nak dicat dengan warna2 primer yang terang menyilau di kawasan bandar.... cam pelik la pulak... fikir-fikirkan lah......)


Penggunaan unjuran bumbung yang lebih (overhang roof) bagi mengelakkan cahaya dan tempias air hujan daripada mengenai terus ke tingkap.


Permukaan fasad rumah yang menarik kerana mempunyai elemen (solid and void).

Apartment block by Theo Van Doesburg

Langkah-langkah penghasilan rekabentuk dari elemen segiempat bercantum dan akhrinya menghasilkan sebuah isipadu.

Gambarajah menunjukkan penggunaan warna-warna primer antara asas didalam konsep De Stijl / The style.

Elemen-elemen segiempat yang dicantum dengan bijak dapat menghasilkan permukaan fasad yang menarik. (void and solid)

The Style / De Stijl

Gambarajah di atas menunjukkan penggunaan bentuk segiempat dan warna-warna primer. (APARTMENT BLOCK) rekabentuk dari seorang arkitek dan juga pelukis THEO VAN DOESBURG.
http://en.wikipedia.org/wiki/Theo_van_Doesburg (rujukan bagi Theo Van Doesburg)


Definisi:

Konsep ini di wujudkan dalam pemikiran dan falsafah utopia, dengan mewujudkan abstraksi dan keunivesalan dengan mengurangkan unsur campuran bentuk dan menggunakan elemen warna secara maksimun. Dalam kata lain, konsep ini lebih kepada penggunaan elemen warna – warna primer seperti merah, biru, kuning di samping penggunaan warna putih dan hitam bagi menonjolkan sesuatu rekabentuk dan juga campuran elemen garis dalam arah menegak dan melintang.


CIRI-CIRI

Lebih mementingkan komposisi warna dalam bentuk dua dimensi untuk menghasilkan ruang contohnya seperti dalam ruang dalaman.

Menggunakan perhiasan yang sukar untuk dijelaskan, ia lebih merujuk kepada cubism yang tidak mempunyai apa-apa perhiasan.

Menggunakan prinsip asas seperti segiempat tepat yang bercantum dan menghasilkan isipadu.

Skema warna pada bangunan adalah dengan menggunakan warna terang.


Binaan pada bangunan menggunakan struktur dinding tanggung beban.

Kebanyakan bahan yang digunakan seperti keluli, konkrit, kaca.

Thursday, September 25, 2008

ARKITEK PILIHAN KIAH

PILIHAN ARKITEK SAYA IALAH


MIES VAN DER ROHE ( MASTER OF STRUCTURE )



Beliau di lahirkan di Western Germany, 1886.


merupakan anak buah FRANK LLOYRD WRIGHT


Beliau merupakan arkitek pertama yang mengunakan bahan "steel" dan "glass"


konsep yang sering digunakan oleh beliau ialah "STRUCTURELISM"


motto beliau ialah " LESS IS MORE "



http://www.designboom.com/portrait/mies/bg.html


http://en.wikipedia.org/wiki/Ludwig_Mies_van_der_Rohe









1. THE BARCELONA PAVILION



merupakan master piece pada tahun 1920


permukaan dinding dari marble dan tiang dari chromed - steel.


mengunakan flat roof yang nipis.


http://www.designboom.com/portrait/mies/barcelona.html


Tuesday, September 23, 2008

merdeka untuk seketika

erm,design dah pun submit,jadi minggu untuk menyibukkan diri dengan persiapan raya..haha..tidak lupa juga pada projek yang akan datang..nampaknya student sem6 akan beraya bersama dengan projek baru..

selamat beraya..