Wednesday, October 15, 2008

Arkitek pilihan A.k.A


Arkitek pilihan saya ialah:

Bernard Tschumi di lahirkan pada 25 Januari 1944 di Lausanne, Switzerland. Beliau merupakan seorang arkitek deconstructivist dan beliau juga merupakan seorang penulis dan juga pendidik. Mempunyai kelahiran campuran Perancis dan Swiss, dia bekerja dan tinggal di New York dan juga Paris. Dia menuntut di Paris dan di ETH di Zurich (Eidgenössische Technische Hochschule Zürich) iaitu sebuah institusi sains dan teknologi di Switzerland, di mana dia menerima ijazah dalam seni binanya pada tahun 1969. Tschumi telah mengajar di Politeknik Portsmouth di daerah Portsmouth, United Kingdom, Persatuan Arkitek di London, Institusi bagi arkitek dan Urban Studies di New York, Universiti Princeton. Beliau merupakan seorang dekan di Institusi Cooper Union di New York dan Columbia Universiti bagi jabatan ‘Planning and Preservation’ dari 1988 sehingga 2003.

Links:
http://en.wikipedia.org/wiki/Bernard_Tschumi
http://www.tschumi.com/

No comments: