Showing posts with label Bernard Tschumi. Show all posts
Showing posts with label Bernard Tschumi. Show all posts

Thursday, October 16, 2008

Les Residential Tower by Bernard Tschumi

Bangunan biru & hitam (Les Residential Tower) dari Bernard Tschumi:


  • Lokasi bangunan ini terletak di Manhattan , New York, USA.
  • Merupakan sebuah pangsapuri mewah.
  • Menggunakan konsep De Constructivism.
  • Mempunyai 16 tingkat pangsapuri.
  • Ketinggian 182 kaki.
  • Anggaran kos bangunan 18 million dollar.
  • Keluasan kaki persegi secara kasar :

Pangsapuri : 50, 000 kaki persegi, 32 unit pangsapuri.

Tingkat satu : 3000 kaki persegi.

Tingkat tiga : 7000 kaki persegi.


Bahan Binaan :

  • Terdiri daripada kaca, keluli dan konkrit. Keseluruhannya di kelilingi oleh cermin berwarna biru dan hitam.
  • Menggunakan tingkap penuh dari lantai ke siling pada bahagian ruang tamu dan ruang makan.
  • Turut menggunakan bahan tahan karat dan juga lantai kayu buluh sebagai kemasan bagi pangsapuri mewah.
  • Penthouse berada pada bahagian teratas bangunan ini.
  • Fasad permukaan pada bangunan yang mempunyai sudut membolehkan penghuni – penghuni pangsapuri pada tingkat yang tinggi dapat melihat pemandangan yang cantik bandar Manhattan dari sungai ke sungai.

Link:

http://www.bluecondonyc.com/

Le Fresnoy Art Center by Bernard Tschumi


Bangunan Le Fresnoy Art Center:


  • Lokasi bangunan ini terletak di Tourcoing, Perancis.
  • Tempat pertama di dalam pertandingan pada tahun 1991.
  • Merupakan sebuah studio nasional bagi seni karya contemporary.
  • Menggunakan konsep De Constructivism.
  • Keluasan studio = sepuluh ribu meter persegi.

Bangunan Le Fresnoy Arts Centre, Tourcoing, Perancis.


Struktur tangga di dalam Le Fresnoy Arts Centre yang terdiri daripada keluli.


Pengunjung dari serata dunia melawati Le Fresnoy Arts Centre yang terkenal.


Studio yang berbumbung segitiga di mana pada bahagian atas nya juga merupakan bumbung yang menggunakan struktur ‘space frame’.


Link: http://www.archined.nl/oem/reportages/fresnoy/fresnoy1.html

Wednesday, October 15, 2008

Arkitek pilihan A.k.A


Arkitek pilihan saya ialah:

Bernard Tschumi di lahirkan pada 25 Januari 1944 di Lausanne, Switzerland. Beliau merupakan seorang arkitek deconstructivist dan beliau juga merupakan seorang penulis dan juga pendidik. Mempunyai kelahiran campuran Perancis dan Swiss, dia bekerja dan tinggal di New York dan juga Paris. Dia menuntut di Paris dan di ETH di Zurich (Eidgenössische Technische Hochschule Zürich) iaitu sebuah institusi sains dan teknologi di Switzerland, di mana dia menerima ijazah dalam seni binanya pada tahun 1969. Tschumi telah mengajar di Politeknik Portsmouth di daerah Portsmouth, United Kingdom, Persatuan Arkitek di London, Institusi bagi arkitek dan Urban Studies di New York, Universiti Princeton. Beliau merupakan seorang dekan di Institusi Cooper Union di New York dan Columbia Universiti bagi jabatan ‘Planning and Preservation’ dari 1988 sehingga 2003.

Links:
http://en.wikipedia.org/wiki/Bernard_Tschumi
http://www.tschumi.com/